Tuesday 28 April 2015

MINGGU SILATURRAHIM PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2015
11 JANUARI 2015

Pusat Sumber Sekolah diberi tugasan untuk mengendalikan 3 slot sempena Minggu Silaturrahim Pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2015. Slot tersebut adaah seperti berikut:

  1. Slot Taklimat Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
  2. Slot Sukaneka
  3. Slot Teknik Belajar Berkesan
Slot pertama dikendalikan oleh GPMS yang merangkumi taklimat berkaitan Pusat Sumber Sekolah secara terperinci seperti peraturan penggunaan pusat sumber, peminjaman dan pemulangan buku, aktiviti pusat sumber, program NILAM dan kad keahlian dan buku NILAM.

Slot kedua dikendalikan oleh pengawas pusat sumber. Terdapat beberapa aktiviti sukaneka yang dijalankan seperti menyambung straw paling panjang, teka peribahasa, kuiz dan lain-lain lagi.

Slot ketiga juga dikendalikan oleh pengawas pusat sumber. Pelajar tingkatan 1 dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Pelajar perlu berbincang tentang teknik belajar berkesan dan perlu dibentangkan dan dikongsi dengan pelajar lain.
WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2015
15 FEBRUARI 2015

Majlis watikah pelantikan pengawas pusat sumber sekolah diadakan pada 15 Februari 2015. Majlis ini adalah kerjasama dengan semua badan kepimpinan sekolah yang terdiri daripada pengawas sekolah, pemnbimbing rakan sebaya, pengawas pusat sumber sekolah dan BADAR. Seramai 40 orang pengawas pusat sumber diberi mandat dan tanggungjawab untuk membantu GPMS mengendalikan pusat sumber sekolah dengan lebih mudah dan lancar.

JUALAN SEMPENA HARI TERBUKA ASRAMA 2015
25 APRIL 2015

Pusat Sumber Sekolah telah membuka satu gerai jualan sempena Hari Terbuka Asrama 2015 pada   25 April 2015. Antara item yang dijual adalah seperti berikut:
  • Nasi Ayam
  • Nasi Goreng
  • Cornflakes Madu
  • Button Badge
Aktiviti ini memberi peluang kepada pengawas pusat sumber untuk menjalankan perniagaan atau bisnes dan memupuk mereka untuk berniaga pada masa hadapan. Semua item jualan habis dijual dan mendapat keuntungan yang memuaskan.

MINGGU SILATURRAHIM TINGKATAN 4
(SLOT PUSAT SUMBER SEKOLAH)
26 FEBRUARI 2015

Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan satu slot untuk PSS sempena Minggu Silaturrahim pelajar Baru Tingkatan 4 bagi sesi 2015. Antara pengisian slot PSS adalah seperti berikut:
  • Peraturan Pusat Sumber Sekolah
  • Peminjaman & Pemulangan Buku
  • Jenis-jenis Buku di JeSS PSS
  • Program NILAM
  • Aktiviti Pusat Sumber
  • Kad Ahli Pusat Sumber Sekolah dan Buku NILAM


MURAL AT JeSS SQUARE!
1-3 MARCH 2015

Pusat Sumber JeSS telah mengadakan aktiviti membuat mural di foyer kantin dengan kerjasama Panitia Pendidikan Seni dari 1 hingga 3 Mac 2015. Objektif utama aktiviti ini adalah untuk menceriakan kawasan foyer kantin supaya lebih menarik dan ceria. Kawasan foyer ini dikenali sebagai "JeSS SQUARE". Kawasan foyer kantin adalah salah satu kawasan pusat sumber di mana terdapat 10 papan kenyataan untuk 15 matapelajaran. Setiap panitia bertanggungjawab untuk melengkapkan maklumat berkaitan subjek masing-masing dan perlu dikemaskini pada setiap bulan. JeSS Square ini diwujudkan untuk para pelajar serta kakitangan sekolah untuk berehat santai sambil membaca surat khabar yang disediakan pada masa lapang dan juga membuat perbincangan.
LAWATAN KE PESTA BUKU
KOTA BHARU 2015
28 APRIL 2015 ( AHAD)

Pusat Sumber Sekolah Menengah Sains Jeli telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Jubli Intan, Kota Bharu pada 28 April 2015. Seramai 36 orang pelajar yang terdiri daripada penerima Principal List Award telah terpilih untuk ke Pesta Buku tersebut. Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan sumber bahan bacaan yang lebih meluas melalui pesta buku tersebut yang menawarkan pelbagai jenis bahan bacaan daripada pelabagai pengeluar atau penerbit. Para pelajar bukan sahaja boleh mendapatkan bahan ilmiah seperti buku rujukan matapelajaran, mereka juga boleh mendapatkan bahan bacaan lain seperti novel, majalah, kamus dan bahan-bahan bacaan yang lain. Selain itu, mereka juga diberi peluang untuk menjawab soalan kuiz yang dianjurkan oleh penganjur untuk mendapatkan hadiah bahan bacaan yang menarik.